Kopi tin dan botol Penyediaan_kopi

Kopi yang ditinkan merupakan minuman yang sudah lama popular di negara-negara Asia, terutamanya di Jepun. Biasanya mesin layan diri menjual pelbagai kopi yang ditinkan, terdapat dalam panas dan juga sejuk. Kedai serbaneka di Jepun turut mempunyai kopi dalam bungkusan plastik yang biasanya kurang manis dan siap bercampur susu. Di Amerika Syarikat, Starbucks menjual minuman popularnya Frappuccino dalam botol kaca yang mengandungi susu, kopi, gula, dan perisa (seperti vanila atau karamel). Ia turut menjual Double Shot, espresso yang ditinkan, kurang manis dan bercampur krim. Minuman kopi siap dibancuh lain turut dijual, namun agak kurang popular.